ARTIKEL

Penemuan najis tikus dan lipas, premis makanan diarah tutup 14 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah premis makanan di Pine Square, Batu Kawah diarah tutup selama 14 hari oleh Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching selepas didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kebersihan Makanan, PKB Kuching, premis tersebut antara tujuh yang diperiksa dalam operasi bersepadu diketuai oleh Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada semalam.

Katanya, operasi tersebut dijalankan bagi memastikan premis makanan yang beroperasi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tujuh buah premis makanan, sebuah premis yang tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan dan terdapat penemuan najis tikus dan lipas.

“Premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu katanya, sebanyak enam notis telah dikeluarkan oleh PKB Kuching kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Jelasnya, notis-notis yang dikeluarkan termasuk satu notis Per.11(1)(a) dibaca bersama Per.16(1) atas kesalahan gagal mengekalkan premis makanan bebas daripada mana-mana makhluk perosak seperti tikus, lipas dan lalat serta dua notis di bawah Per.11(1)(b) iaitu tuan punya premis makanan menggaji pengendali makanan tanpa suntikan anti-tifoid dan latihan pengendali makanan.

“Seterusnya, satu notis Per.11(1)(c) iaitu tidak mengekalkan rekod dan dokumen berkaitan latihan dan suntikan setiap pekerja di premis makanan.

“Sementara, dua notis Per.33(1)(a) atas kesalahan berkaitan kebersihan diri pengendali makanan termasuk menyimpan kuku yang panjang,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKB Kuching menasihatkan agar pemilik dan penguasaha premis makanan memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan bersih pada setiap masa dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Sebanyak enam notis dikeluarkan terhadap pemilik premis dan pengendali makanan

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU