ARTIKEL

Penentu juara Perlumbaan Motorcross KBS, esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perlumbaan Motorcross KBS, MyFit@Motorsports Peringkat Zon 2022, Sarawak akan melabuhkan tirainya esok.

Sekali gus, bakal diketahui juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Pengerusi Perlumbaan Bronnie Marshall memberitahu, saingan peringkat akhir akan berlangsung esok membabitkan beberapa kategori tumpuan.

MENCURI TUMPUAN…Antara aksi salah seorang pelumba ketika beraksi.

“Saingan akhir akan bermula sebelah pagi membabitkan kategori berbeza.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku kerana pelumba terlibat mahu mencipta kejutan,” ujar Bronnie kepada Arena Suara Sarawak.

Perlumbaan sepenuhnya bermula hari ini. Bagaimanapun, saingan membabitkan peringkat saringan untuk kesemua kategori.

Seramai 50 pelumba berentap pada perlumbaan yang diadakan di Litar Motorcross Sarikin, Bau itu.

Menurut Bronnie, perlumbaan terbabit dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor Sarawak (SMA), Rakan Teknikal SMA dan Kelab Motorcross Region 1 Kuching.

Kategori yang dipertandingkan iaitu KBS MX Open, KBS MX 125, KBS MX Novice, KBS MX 125 (2 Stroke), KBS MX Veteran, Terbuka KBS CKD Open dan KBS CKD 150 ke bawah.

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU