ARTIKEL

Penentuan juara Liga Sepak Takraw Kenyalang petang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIBAS…Aksi pemain Kuching Knight dan Miri Sea Horse pada perlawanan peringkat kumpulan. – FOTO FAIZAL BUJANG

KUCHING: Saingan Grand Finale Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) Edisi II 2022 melabuhkan tirainya petang esok.

Sekali gus, bakal terjawab persoalan pasukan yang akan bergelar juara.

Aksi final dijadual berlangsung pukul 2:30 petang di Dewan Serbaguna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Petra Jaya.

SERAH…Awang Putrayusrie Awang Redzuan (tengah) menyampaikan cenderahati kepada pengurus Miri Sea Horse. – FOTO FAIZAL BUJANG

Bagaimanapun, perlawanan peringkat separuh akhir terdahulu dilangsungkan pada sebelah paginya.

Majlis perasmian kejohanan itu hari ini telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan turut dihadiri Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi serta barisan exco lain.

Dalam ucapannya Awang Putrayusrie mengucap syabas dengan penganjuran kejohanan itu.

Katanya, kejayaan penganjuran kejohanan itu untuk musim kedua hasil kerjasama erat dengan badan induk PSS dan semua pihak.

“Saya percaya adanya kejohanan itu akan dapat menyaksikan kesinambungan kemunculan pemain baharu berbakat dan boleh diketengah ke peringkat lebih tinggi,” ujar beliau.

Sambil berharap ada pemain muda berbakat dapat dikenal pasti menerusi kejohanan itu yang dapat diguna pakai untuk pembentukan pasukan bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2024 kelak.

Grand Finale KSL 2022 menghimpunkan 14 regu handalan yang mewakili tujuh bahagian terlibat.

Antaranya, Miri Sea Horse (A & B), Sri Aman Gators (A & B), Kuching Knights (A & B), Mukah Majors (A & B), Samarahan Brilliant (A & B), Sibu Titans (A &B) dsn Bintulu Bravo (A & B).

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit