Penerbangan balik kampung Percuma

KUCHING: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) untuk pelajar Sarawak yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan mendatangkan seribu manfaat kepada 13,167 pemohon.

Penasihat Sarawak Volunteer Fazzrudin Abdul Rahman berkata, bagi 2020, sebanyak 13,167 permohonan diluluskan yang menelan perbelanjaan RM3,830,700. “Sejak program ini diperkenalkan pada 2019, sebanyak 31,285 permohonan dikemukakan sehingga Disember 2020.

“Jumlah perbelanjaan untuk iGPS sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM9,266,100. “Buat masa ini, iGPS masih beroperasi seperti biasa meskipun negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Program yang diumumkan pada 2019 Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bertujuan meringankan beban pelajar Sarawak yang ingin pulang ke negeri ini,” katanya.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini

Suara Sarawak