ARTIKEL

Sebuah pesawat penumpang JAL yang menuju ke Osaka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Aomori, Jepun, semalam, dipercayai akibat masalah enjin. - Foto Umum

Penerbangan Japan Airlines buat pendaratan kecemasan, enjin disyaki terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO, Jepun: Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) yang menuju ke Osaka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Aomori, Jepun semalam, lapor media tempatan menurut Xinhua.

Enjin pesawat yang berlepas dari Aomori disyaki terbakar, lapor penyiar tempatan, Aomori Television, yang memetik pegawai berkenaan.

Pada 1.15 tengah hari waktu tempatan, pesawat JAL Penerbangan 2154 yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka berlepas dari Lapangan Terbang Aomori.

Tidak lama setelah berlepas, masalah enjin berlaku yang memaksa pesawat berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Aomori sebelum 2 petang.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 47 penumpang dan anak kapal.

Pegawai menyatakan bahawa api dilihat keluar dari enjin sebelah kiri semasa penerbangan.

Japan Airlines segera mengatur pemindahan penumpang ke dua penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka.

Pesawat itu kekal diparkir di Lapangan Terbang Aomori dengan siasatan terperinci tentang punca masalah enjin masih dijalankan. – BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU