ARTIKEL

Penerbangan terus AirAsia Singapura ke Sibu cepat dan mudah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Selesa, cepat dan mudah. Itu antara pengalaman yang dikongsikan penumpang penerbangan terus AirAsia dari Singapura ke Sibu yang memulakan operasi pertamanya semalam bagi laluan baharu ke Sarawak.

Penerbangan pertama pada jam 4.20 petang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, membawa 180 penumpang dan mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada jam 6.20 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura Logan Velaitham memberitahu penambahan laluan baharu itu mendapat sambutan menggalakkan apabila penerbangan itu penuh ditempah kebanyakan rakyat Sarawak khususnya dari Sibu.

Pesawat Air Asia AK 1410 disambut dengan tembakan meriam air di Lapangan Terbang Sibu, semalam. Foto: Gabriel Guyut

Selain Sibu, katanya, AirAsia Singapura telah mewujudkan laluan penerbangan secara terus ke Kuching dan Miri sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin ketika ditemui berkata, AirAsia melakukan empat kali penerbangan seminggu untuk laluan Singapura-Sibu.

“Kali ini, ia lebih memudahkan penumpang khususnya penduduk Sibu yang sebelum ini menggunakan penerbangan Singapura-Kuching atau Miri.

Kapten Muhamad Azzroy Abdullah dibantu Kamale Krishna Anbalagan membawa seramai 180 penumpang menggunakan pesawat jenis Airbus A320, AK1410 Air Asia untuk penerbangan pertama dari Singapura ke Sibu, semalam.

“Namun, kini mereka boleh menaiki penerbangan secara terus untuk ke Sibu atau Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyambut ketibaan penumpang yang menaiki penerbangan pertama Singapura-Sibu di Lapangan Terbang Sibu pada Jumaat.

BERITA LAIN

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

25 jelitawan rebut gelaran ratu cantik

KUCHING: Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 Edisi Kesembilan bakal menampilkan 25 finalis bagi merebut gelaran juara atau ratu cantik. Pengerusi

BERITA TERBARU

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang