Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Penerima bantuan bulanan JKM terima RM100 sumbangan Gawai dan Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Sempena Hari Gawai Dayak dan Aidilfitri akan datang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghulurkan sumbangan berjumlah RM100 kepada penerima bantuan bulanan JKM.

Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima melalui Program Sejambak Kasih Raya Gawai 2021.

“Sebelum ini, dalam Program Sejambak Kasih, sering diadakan majlis penyampaian sumbangan tersebut secara tunai kepada penerima bantuan kebajikan di seluruh negeri dan ditambah dengan pemberian sumbangan hamper barangan.

“Ia salah satu program tahunan JKM Sarawak setiap kali tiba musim perayaan untuk meringankan beban kewangan selain menceriakan penerima bantuan yang menyambut perayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Gema Ramadan 2021 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Kebajikan di sini, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk