ARTIKEL

Freepik.com

Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan pada RM2.85 sekilogram.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Ahmad Shabery Cheek berkata, jika keadaan itu berterusan dan harga gula kekal rendah, ia akan menyebabkan warga peneroka terpaksa menanggung kerugian berterusan.

Ahmad Shabery berkata ini berikutan, mereka merupakan pemegang saham FGV Holdings Berhad (FGV) dan Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF), yang memegang saham utama syarikat pengeluar gula utama negara MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM).

Katanya harga gula standard di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara di rantau Asia seperti Thailand yang menjual gula pada RM3.90 hingga RM4 sekilogram.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP