ARTIKEL

Dr Dzul Hadzwan Husaini

Penetapan harga maksimum tiket penerbangan lebih sesuai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penetapan harga maksimum tiket RM599 bagi penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan menjelang Aidilfitri tahun ini dilihat sebagai kaedah yang sesuai dilaksanakan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Dr Dzul Hadzwan Husaini, berkata ia akan memberi ruang kepada syarikat penerbangan untuk bersaing secara sihat dan memastikan pengguna juga mendapat faedah dengan sedikit penurunan harga tiket.

“Saya berpandangan bahawa penetapan harga maksimum ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan cadangan kaedah pemberian subsidi.

“Ini kerana, pemberian subsidi tidak begitu berkesan dalam menurunkan harga tiket penerbangan semasa musim perayaan ataupun mana-mana waktu puncak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain mewujudkan persaingan sihat, tambahnya, perkara itu juga akan memberi motivasi kepada syarikat penerbangan untuk menawarkan harga terbaik kepada pengguna agar perkhidmatan mereka menjadi pilihan utama.

“Selain itu, saya juga melihat dengan lengkapnya pengambilan MASwings oleh Kerajaan Sarawak, harga tiket penerbangan akan lebih stabil.

“Pastinya syarikat penerbangan lain akan berlumbalumba untuk menawarkan harga yang lebih murah impak daripada kewujudan MASwings itu,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau berharap penetapan harga maksimum itu dapat diperluaskan pada waktu puncak yang lain seperti musim cuti persekolahan dan sebagainya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata penetapan harga tiket tersebut juga adalah bagi tempoh perjalanan tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri kelak.

Katanya, ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan