ARTIKEL

Pengalaman 24 tahun azimat Irfan untuk julang Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DENGAN pengalaman 24 tahun dalam kancah Liga Malaysia dan Liga Indonesia, serta kejayaan mengemudi tiga pasukan ke Liga Super, menjadi azimat Irfan Bakti Abu Salim, 69, untuk mengangkat ‘darjat’ Kuching City FC.

Jurulatih bersuara lantang itu, percaya Kuching City berpotensi untuk melangkah jauh, setelah memberi impak dalam saingan Liga Premier 2020.

Mereka bukan sahaja berjaya mencapai sasaran (lima teratas), apabila berada di tangga keempat, tetapi juga layak ke Piala Malaysia, walaupun mempunyai sumber pemain yang agak terbatas.

Malah Irfan cukup teruja, ketika menyaksikan perlawanan Kuching FA dan Sarawak United FC di Stadium Negeri pada September lalu yang berkesudahan Kuching menang 2-1.

Dalam Nadi Arena, Irfan dipetik sebagai berkata: “Sebelum ini ada tiga pasukan yang saya bimbing beraksi dalam Liga Perdana dan alhamdulillah, pada tahun pertama, saya dapat membawa kesemua tiga pasukan itu ke Liga Super.

“Insya-Allah, saya mahu melakukannya sekali lagi bersama Kucing City FC untuk ke Liga Super,” ujarnya.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan Joseph Kallang Tie sebagai ketua penasihat. Ini kerana beliau pernah bekerjasama dengan Joseph ketika menyertai Terengganu sebelum ini.

Bagi Irfan, Joseph mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, dan amat layak untuk dijadikan kapten.

Irfan pernah membimbing beberapa pasukan ternama seperti Terengganu, Selangor dan Felda United. Malah beliau juga pernah membimbing kelab tersohor Indonesia, Persipura Jayapura.

Sementara itu, Irfan akan mengambil tiga hingga empat pemain handalan dari Semenanjung untuk bergandingan dengan Joseph serta beberapa pemain senior seperti Hairol Mokhtar, Dzulazlan Ibrahim, Mazwandi Zekeria dan Rafiezan Razali.

Pihak pengurusan Kuching City mengambil langkah drastik, melantik Irfan sebagai ketua jurulatih, serta melantik Wan Jamak Wan Hassan sebagai Pengarah Teknikal.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU