Trending

Pengalaman lebih 10 tahun dalam Unit 69 Komando

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pengalaman lebih 10 tahun dalam Unit 69 Komando serta berpengetahuan luas dalam bidang narkotik antara keistimewaan dimiliki oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu, Datuk Fisol Salleh.

Beliau secara rasminya menyandang jawatan tersebut dalam majlis serah terima jawatan yang berlangsung di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas daripada Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Mohd Hairuddin Che Hamid kepada Fisol, disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Fisol dalam ucapannya berkata lantikan tersebut sebagai tanggungjawab dan cabaran baharu yang diamanahkan, berikutan Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia.

Datuk Fisol Salleh

“Ini merupakan cabaran baharu kepada saya apabila Sarawak mempunyai 28 daerah, serta memiliki hampir 27 etnik yang akan bersama-sama kita dalam menjalankan tugas kepolisan.

“Justeru, saya akan memberikan komitmen jitu serta kerjasama yang baik untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dalam menangani isu-isu jenayah di Sarawak,” tegasnya.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan SAC Denis Leong yang telah bertugas hampir tiga tahun sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak menyerahkan jawatan tersebut kepada pemangku Pengarah JSJ Sarawak ACP Mohd Hairuddin Che Hamid.

Beliau selain itu mengucapkan penghargaan atas kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada rakan-rakan setugas, masyarakat dan media sepanjang menyandang jawatan tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru