Trending

Pengalaman, pengetahuan luas Wan Junaidi sebagai Speaker Dewan Negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Speaker Dewan Negara merupakan satu pilihan yang tepat, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) itu berkata, ini kerana Wan Junaidi mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai prosiding di dalam dewan.

“Sebelum ini juga, beliau pernah dilantik menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan perkara tersebut juga jelas menunjukkan bahawa beliau memang layak dari segi kedudukan di dalam serta luar majlis termasuk platform antarabangsa.

“Pada masa yang sama, beliau juga merupakan calon yang berwibawa, kita sangat gembira dan bangga dengan pelantikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya, Wan Junaidi juga merupakan contoh yang baik kerana beliau sanggup kembali bekerja dan berkhidmat untuk negara walaupun sudah bersara.

Wan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hari ini bagi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang tamat penggal perkhidmatan pada 16 Jun lalu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru