ARTIKEL

Pengalaman sertai proses temu duga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Jelasnya lagi, pelajar tahun akhir dan alumni juga didedahkan dengan kerjaya yang boleh mereka ceburi setelah menamatkan pelajaran menerusi bengkel MyFuture Jobs.  

“Saya berharap pelajar yang berpeluang menyertai ceramah kerjaya ini mendapat pengetahuan tentang pekerjaan yang mereka ceburi setelah menamatkan pengajian,” katanya. 

Jelasnya, sekitar 15 kekosongan ditawarkan dan temu duga secara terus turut dibenarkan.

“Alhamdullilah, sambutan sangat memberangsangkan.

Terdapat juga orang awam yang ingin turut serta.

Kami sangat mengalu-alukan kehadiran mereka.

“Ini kerana, saya juga salah seorang calon yang mengikuti program seperti ini di bawah program My Future Job Perkeso dan kini mendapat kerja tetap sejak 2022,” jelasnya yang menyasarkan lebih 100 pencari kerja menyertai sesi temu duga itu.

SUKAR DAPAT KERJA

Malah Azrar berjarap pelajar dan alumni juga mampu mendapat peluang pekerjaan yang sama seperti dirinya.

Beliau turut mengakui, kini sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanjiran siswazah yang baru sahaja menamatkan pengajian masing-masing. 

Selain sesi temu duga dan ceramah kerjaya, turut diadakan pameran oleh Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, busking, pertandingan peragaan pakaian bertemakan kerjaya. 

Lebih menarik, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut mengadakan demonstrasi untuk meningkatkan keyakinan mengendalikan reptilia berbisa iaitu ular kepada orang ramai terutamanya kepada pelajar yang menetap di asrama kolej tersebut. 

“Kami ingin mendedahkan kepada mereka tentang cara-cara untuk mengendalikan situasi jika berlakunya insiden tersebut dengan betul.

“Jadi mudah untuk para pelajar sekiranya berdepan dengan situasi cemas atau tiba-tiba didatangi ular kerana sudah mendapat perkongsian ilmu yang lebih awal daripada mereka yang pakar,” katanya.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

Pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB

SELANGOR Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-2 dalam kejohanan Mid

BERITA TERBARU