ARTIKEL

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Pengamal media digesa didik masyarakat bahaya berita palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengamal media di negara ini disarankan memperbanyak penghasilan kandungan berkaitan kesedaran terhadap impak berita palsu serta amalan hidup bersederhana dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pemain industri juga perlu memastikan kandungan itu sampai kepada golongan sasaran yang merentasi kaum, agama dan wilayah.
Beliau berkata berita palsu ialah perkara kritikal yang membelenggu semua kerajaan di seluruh dunia dan kejayaan atau kegagalan sesebuah negara menangani isu berita palsu akan menjadi penentu kepada kualiti hidup rakyat sama ada aman sentosa atau menjadi porak-peranda.

“Jadi, kita banyakkan kandungan yang didik, pupuk sifat tabayyun (perkataan arab yang bermaksud menyemak asas kebenaran) kerana dalam berita palsu ini juga ada masalah scammer, penipuan dalam talian, wang simpanan rakyat hilang ratusan juta (ringgit) setiap tahun.

“PSA (pesanan khidmat masyarakat) ini, sebarkan dalam semua platform dan pelbagai format kandungan supaya komuniti faham scammer punya liuk-lentok, jangan mudah terpedaya, harus ada rasa was-was,” katanya dalam program bual bicara Naratif Khas: 78 tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tetap Unggul yang disiarkan menerusi TV1 malam ini.

Fahmi turut memberi saranan agar media menghasilkan kandungan yang membawa mesej wasatiyyah, iaitu pendekatan bersederhana dalam konteks hidup bermasyarakat di Malaysia.–BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU