ARTIKEL

Pemandangan dari udara kawasan suci yang menjadi tumpuan jemaah dari seluruh pelusuk dunia pada musim haji 1445H/2024. Kawasan-kawasan suci berkenaan termasuk Arafah, Muzdalifah, Mina dan Masjidil Haram. --foto BERNAMA

Pengamal media guna helikopter rakam suasana, panorama kawasan suci ketika tumpuan ibadah haji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MAKKAH: Jurufoto dan jurukamera daripada 10 agensi berita antarangsa hari ini dibawa menaiki helikopter bagi merakamkan suasana dan panorama kawasan suci tumpuan jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji tahun ini.

Antara kawasan berkenaan ialah Arafah, Muzdalifah, Mina dan Masjidil Haram.

Padang Arafah ialah lokasi jemaah memulakan ibadah haji iaitu Wukuf di Muzdalifah (tempat bermalam), Mina(melontar) dan Masjidil Haram (Tawaf Umrah, Tawaf Ifadah dan Sai).

Tinjauan dari ruang udara Padang Arafah menyaksikan kawasan itu sunyi sepi berbanding ketika hari Wukuf pada 9 Zulhijah apabila lebih 1.8 juta juta jemaah berhimpun di kawasan berkenaan.

Kawasan Muzdalifah yang terletak antara Mina dan Arafah juga sunyi apabila jemaah haji meninggalkan kawasan itu menuju ke Mina bagi melontar jamrah selepas mabit (bermalam) di kawasan berkenaan sejurus masuk waktu Maghrib pada 9 Zulhijah.

Muzdalifah pula lokasi suci ketiga dilalui jemaah haji ketika menunaikan haji selepas Masjidil Haram dan Arafah. Ketika di Muzdalifah, jemaah akan menjamak (mengumpul) dan meringkaskan solat Maghrib dengan Isyak). Jemaah juga mengutip batu-batu kecil di Muzdalifah untuk melontar jamrah di Mina.

Bagaimanapun ketika ini Mina menjadi tumpuan jemaah bagi menyempurnakan ibadah jamrah di ketiga-tiga jamrah yang dikaitkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang bermula sejak semalam 10 Zulhijah dan berakhir pada 13 Zulhijah.

Masjidil Haram pula kini masih sesak dengan jutaan jemaah sama ada kerana menunaikan Tawaf Ifadah, umrah atau melaksanakan solat berjemaah di kawasan paling suci itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP