ARTIKEL

Mohamad Abu Bakar menyampaikan anugerah penghargaan kepada Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon sempena Majlis Apresiasi Pelabuhan Bintulu Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Pengambilalihan Lembaga Pelabuhan Bintulu akan dibentangkan di Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pengambilalihan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) oleh Kerajaan Sarawak akan dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu, untuk dimuktamadkan sepenuhnya.

Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, ia adalah sebahagian daripada proses yang perlu dilaksanakan meskipun Kerajaan Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk pengambilalihan daripada Kerajaan Persekutuan itu.

“Sudah tentu banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ke Parlimen terlebih dahulu kerana yang diambil alih oleh kerajaan negeri adalah Lembaga Pelabuhan Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pelabuhan Bintulu Bersama Media di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani.

Mohamad Abu Bakar berkata sasaran Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih LPB adalah menjelang Jun tahun ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membuat pengumuman,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James