Penganggur cederai bapa didenda

KUCHING: Seorang penganggur mengaku bersalah mencederakan bapanya kerana enggan memberi wang belanja didenda RM2,000 ataupun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan, semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengarahkan tertuduh didenda setelah mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap bapanya berusia 59 tahun.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326A kanun yang sama.

Dia mengaku mendatangkan kecederaan kepada mangsa sehingga bibir lebam, sakit di bahagian leher dan belakang badan.

Tertuduh berbuat demikian setelah memarahi mangsa yang enggan memberikannya wang belanja, menyebabkan tertuduh hilang kawalan dan mengugut akan melakukan tindakan lebih teruk seperti mahu membunuh mangsa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu sekitar jam 10.30 malam di rumah keluarga mereka di Taman Heng Guan, Jalan Matang pada 10 Mac lalu.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mac 2021

Suara Sarawak