ARTIKEL

Penganggur didenda, curi ‘helmet’ penghantar makanan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah kerana mencuri sebuah topi keledar milik seorang lelaki penghantar makanan, pada Rabu minggu lalu.

Rapaiee Mahli, 52, membuat pengakuan itu selepas satu pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, dia berasal Bintulu itu melakukan kesalahan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Lebuh Wayang sekitar jam 7.50 malam, 22 Februari lepas.

Gambar hiasan

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa yang sedang berehat dengan kawannya sementara menunggu langganan penghantar makanan seterusnya melihat seorang lelaki (tertuduh) mencuri topi keledarnya yang diletakkan di atas motosikal.

Tertuduh bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal namun pengadu dan rakan-rakannya mengejar tertuduh sehingga ke Jalan Muda Hashim sebelum berjaya ditangkap mereka.

Semasa tangkapan, berlaku pergelutan antara tertuduh dan rakan-rakan pengadu selain merampas topi keledar tersebut.

Selain itu, mangsa juga menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan seterusnya menyerahkan tertuduh untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, tertuduh mempunyai tujuh rekod lampau yang melibatkan satu kes rompak, dua kes curi, tiga kes judi dan satu kes penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Meryline Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja