ARTIKEL

Penganggur didenda RM1,500 baling pembuka tin ke arah abang ipar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap abang iparnya dengan membaling menggunakan pembuka makanan dalam tin, Rabu lalu (6 Disember).

Khairunnas Rosman, 23, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan kecederaan sakit terhadap abang iparnya berusia 37 tahun di hadapan sebuah rumah di Taman Mawar di sini, kira-kira jam 9.40 pagi, 6 Disember lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, tertuduh mengaku mencederakan abang iparnya kerana membuat bising di luar rumah memarahi orang lain.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU