ARTIKEL

Penganggur dipenjara 12 bulan, cederakan ibu dan kakak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mencederakan ibu dan kakaknya dengan sengaja.

Tertuduh menumbuk bertubi-tubi, memukul menggunakan mangkuk kaca dan mencucuk perut serta telinga menggunakan kunci kereta, Isnin lalu (17 Julai).

Ameeruddin Sodami, 30, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya berusia 59 tahun menggunakan mangkuk kaca.

Manakala pertuduhan kedua, Ameeruddin juga sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kakak kandungnya berusia 33 tahun menggunakan kunci kereta dan penapis air jenama Coway.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah hendak membunuh kedua-dua mangsa.

Saiful menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh dan berjalan secara serentak.

BERITA LAIN

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti