Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Penganggur dipenjara 3 bulan kerana tumbuk muka orang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

 

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana sengaja menumbuk muka seorang remaja lelaki.

Tertuduh Rizal Sabu, 25, dari Kampung Sindang Baru mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Zaiton memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 5 Disember 2022.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 17 tahun di tepi Jalan Stutong, sekitar 11.30 malam, 4 Disember 2022.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu dibantu tertuduh dan seorang lagi lelaki yang tidak dikenali menunda motosikalnya yang rosak di kawasan Jalan Tabuan Stutong.

Kedua-dua lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan tiba-tiba bertindak menumbuk muka pengadu.

Difahamkan, tertuduh dan rakannya menumbuk mangsa kerana hendak melarikan motosikal milik mangsa.

Selain itu, tertuduh mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes rompak, curi, peras ugut dan penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru