ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Penganggur dipenjara 6 bulan, denda RM3,000 kerana salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki 0.86 gram Methamphetamine dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mohd Azri Bakar, 33, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.86 gram di hadapan sebuah rumah, Kampung Santubong, Sungai Tekoyong, kira-kira jam 5.15 petang, 26 Mei lalu

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Manakala pertuduhan kedua, Azri didakwa mengambil bahan terlarang dadah jenis Amphetamine dan Metamphetamine ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, kira-kira jam 7.40 petang, 26 Mei lalu.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama.

Zubaidah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama, dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan kedua terhadap Azri.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU