Trending

Penganggur dipenjara 6 bulan kerana miliki dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar Hiasan

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang penganggur lelaki tempatan kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.06 gram, Julai lalu.

Tertuduh Evans Jay Tyon, 26, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah rumah flat, batu 12, Jalan Penrissen, kira-kira jam 1 petang, 10 Julai lalu.

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki dalam sebuah rumah flat di Batu 12, Jalan Penrissen kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dalam beg silang milik tertuduh yang diletakkan di tepi katil.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.06gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Hisyam Junaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru