ARTIKEL

Foto: BERNAMA

Penganggur dipenjara dua bulan kerana curi 7 botol minyak wangi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Padah curi tujuh botol minyak wangi semata-mata hendak dijual semula untuk membeli dadah, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Awang Saharizan Awang Sulong, 38, dari Kampung Tengah, Sri Aman mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai farmasi dalam pusat beli-belah di Metrocity, Matang, kira-kira jam 11.30 pagi, Rabu lalu.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibacakan secara bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mason Jaro memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa 16 Ogos lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu merupakan pekerja di farmasi mendapati tertuduh telah memasukkan tujuh botol minyak wangi pelbagai jenis ke dalam beg tanpa membuat sebarang pembayaran.

Tertuduh terus meletakkan beg tersebut ke dalam bakul motosikalnya tetapi sempat ditahan oleh pengawal keselamatan premis berkenaan selepas pengadu meminta bantuan.

Anggaran harga bagi kesemua minyak wangi tersebut sebanyak RM182.70.

Tertuduh ditangkap semula oleh pihak polis untuk tindakan lanjut selepas menerima laporan daripada pihak keselamatan Metrocity.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis buru lelaki curi wang OKU

PADAWAN: Polis sedang memburu lelaki yang disyaki mengeluarkan sejumlah wang milik seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dari bank tanpa pengetahuan mangsa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli