Trending

Penganggur dipenjara tujuh bulan miliki dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret  di sini, hari ini, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.23 gram, Jun lalu.

Tertuduh Remplesskin Kitih, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam sebuah kereta jenis sedan di tepi jalan Kampung Sungai Riset, sekitar jam 9 pagi, 11 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki dalam sebuah kereta di Kampung Sungai kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan pada kenderaan tersebut menemui satu paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang diselitkan dalam kotak rokok dan satu alat menghisap dadah diletakan di tempat duduk hadapan sebelah pemandu.

Barang kes kemudian dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan mengesahkan barang kes merupakan dadah jenis Methamphetamine seberat 0.23 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru