ARTIKEL

Penganggur ditahan ambil dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang penganggur ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kampung Petanak, di sini pada petang Selasa kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis sekitar jam 3 petang oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemui dan merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 0.43 gram dengan nilai anggaran RM50.

“Suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan dadah dengan cara serahan tangan di sekitar kawasan di Kampung Petanak.

Muhamad Rizal berkata suspek mula terlibat dengan penagihan dadah sejak awal tahun 2019 sehingga sekarang.

Katanya ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU