ARTIKEL

Penganggur ditahan bersama dadah jenis Syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang penganggur dicekup bersama dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM1,000 di Kampung Krusen Tebakang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan ketika memandu sebuah kenderaan dalam satu serbuan mengejut polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Serian.

“Sebaik tangkapan dilakukan pasukan polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas suspek di lokasi serta-merta.

“Hasil pemeriksaan menjumpai sepeket plastik lut sinar mengandungi sembilan peket plastik lut sinar pelbagai saiz dan satu tiub straw masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua dadah yang dijumpai di kompartmen duit syiling kenderaan terbabit dianggarkan seberat 9.12 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TAHAN…Suspek kini telah ditahan di Lokap Balai Polis Serian untuk siasatan lanjut

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU