Penganggur edar 2,436 gram dadah ditahan

KUCHING: Seorang penganggur yang disyaki terbabit dalam kes pengedaran dadah ditahan lanjut di Penjara Puncak Borneo semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengarahkan tertuduh yang berusia 24 tahun, ditahan lanjut di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu laporan kimia pada 20 Mei depan.

Tertuduh yang didakwa di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Dia disyaki mengedar dadah seberat 2436 gram jenis 3,-4 MDMA pada jam 5.30 petang 18 Februari lalu di Jalan Batu Kawa berdekatan Bandar Baru Batu Kawah di sini.