ARTIKEL

Gambar hiasan

Penganggur mengaku salah pecah cermin tingkap, buka gril besi rumah ibu sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majisret di sini, hari ini, kerana memecahkan cermin tingkap dan membuka gril besi tingkap dalam kejadian mengamuk di kediamannya di Matang.

Farhan Marzukie, 34, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja merosakkan harta benda milik ibunya berusia 61 tahun di kediaman mereka di Taman Allamanda, Matang, sekitar jam 7 malam, 24 Februari lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, laporan polis dibuat oleh ibunya mengenai satu kejadian anak lelakinya mengamuk lalu memecahkan cermin dan mencabut gril besi tingkap.

Semasa kejadian, pengadu dan suaminya yang merasa ketakutan lalu keluar dari rumah dan bermalam di rumah adik pengadu.

Tangkapan berjaya dilakukan oleh pihak polis terhadap tertuduh di kediaman mereka, sekitar jam 10 malam, 1 Mac lepas.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut dengan tujuan hendak menjual gril besi tingkap.

Selain itu, tertuduh juga sering menjual perkakas rumah yang berharga untuk dijual bagi mendapatkan barang terlarang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU