ARTIKEL

Tertuduh berbincang dengan peguam bela Gerald Empaling Donald selepas prosiding hari ini.

Penganggur miliki ganja, syabu, dihukum penjara lapan tahun, 10 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan terhadap penganggur lelaki kerana memiliki ganja dan syabu, Februari tahun lalu.

Amirul Hafiz Safek Effendi, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif dan satu pertuduhan pindaan di hadapan Hakim Leonard David Shim.

Mengikut pertuduhan alternatif, dia didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(2) Akta yang sama kerana memiliki 531.5 gram ganja.

Seksyen terbabit melibatkan hukuman penjara seumur hidup atau selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan hendaklah disebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika disabit bersalah.

Manakala, pertuduhan pindaan, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 12(3) Akta yang sama kerana memiliki 3.16 gram dadah jenis Methamphetamine.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukannya di sebuah bilik pangsapuri di Batu Kawa, sekitar jam 10.45 pagi, 24 Februari 2023.

Hakim Leonard menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan alternatif dan 10 bulan penjara untuk pertuduhan pindaan terhadap tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 24 Februari 2024.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu tangkapan terhadap seorang lelaki di tempat letak kereta di hadapan sebuah bangunan pangsapuri kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah.

Pemeriksaan badan tertuduh tidak menemui sebarang barang yang mencurigakan, namun apabila ditanya pihak polis berkaitan dadah yang dimilikinya, tertuduh mengaku menyimpan dadah dalam bilik di rumah sewanya di sebuah pangsapuri.

Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan ke atas rumah sewa tertuduh menjumpai sepapan tumbuhan kering mampat dibalut plastik hitam dan tiga paket plastik lut sinar mengandungi tumbuhan mampat dipercayai ganja, serta satu paket plastik lut sinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Barang kes kemudian dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa dan laporan mengesahkan ia dadah jenis ganja seberat 531.5 gram dan Methamphetamine seberat 3.16 gram.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki bahan terlarang, dadah berbahaya.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohammad Ali, manakala tertuduh diwakili Peguam Gerald Empaling Donald.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.