ARTIKEL

Martin (baju hitam) bergambar bersama pasukan yang mengambil bahagian pada Majlis Penangguhan Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Antara Bahagian Sarawak 2024. | Foto: UKAS

Penganjuran kejohanan mampu jadi pemangkin pembangunan sukan bola sepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Penganjuran kejohanan bola sepak mampu menjadi pemangkin pembangunan sukan itu di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.
 
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben, memberitahu bahawa penganjuran kejohanan sukan mampu melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu bersaing pada peringkat lebih tinggi.
 
“Kejohanan ini juga merupakan acara di mana kita semua berpeluang untuk sama-sama melibatkan diri dengan bersungguh-sungguh bagi menyatakan komitmen kepada pasukan yang diwakili.
 
“Apa yang lebih penting, kejayaan menganjurkan acara ini adalah satu usaha untuk mewujudkan semangat setia kawan, semangat muafakat dan kesungguhan bagi mencapai sesuatu tujuan untuk dikongsi bersama,” jelasnya.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Kejohanan Bola Sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Antara Bahagian Sarawak 2024 di Kompleks Sukan Serian di sini semalam.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu berkata kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran tetapi juga memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.  
 
Sementara itu, Bahagian Kuching telah berjaya menewaskan Bahagian Sibu dengan jaringan 4-1 dalam aksi final untuk merangkul kejuaraan.
 
Kemenangan itu membolehkan Bahagian Kuching membawa pulang piala, pingat dan wang tunai sebanyak RM500.
 
Manakala Bahagian Sibu selaku naib juara membawa pulang piala, pingat dan wang tunai sebanyak RM300.
 
Bahagian Mukah serta Limbang yang menduduki tempat ketiga membawa pulang piala, pingat dan wang tunai RM200 setiap pasukan.
 
Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Antara Bahagian Sarawak 2024 melibatkan 11 penyertaan dari seluruh bahagian Sarawak dengan seramai 226 pemain yang berlangsung dari 17 hingga 19 Mei lepas.
 
Turut hadir ialah Residen Bahagian Serian merangkap Pengerusi MAKSAK Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph, wakil Ahli Eksekutif MAKSAK Sarawak, Nizam Wang, wakil Setiausaha Eksekutif MAKSAK Sarawak, Nazri Abdullah, Timbalan Residen Bahagian Kuching, Bujang Rahman Seli, Ketua Polis Daerah Serian, DSP Niel Baginda, dan Setiausaha Majlis Daerah Serian, Tay Guan Huat.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup