ARTIKEL

Awang Putrayusrie (tengah) diperkenalkan kepada pemain sebelum perlawanan bermula.

Penganjuran Liga Bola Sepak Pusat Latihan Daerah NFDP Sarawak langkah tepat cungkil bakat peringkat akar umbi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Liga Bola Sepak Pusat Latihan Daerah, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak, yang diadakan di Padang Bola Sepak KPSU Lama Sri Aman pada hujung minggu lalu, jelas mempunyai objektif yang signifikan.

Ia tidak hanya berupaya merancakkan proses melahir bakat baharu dalam sukan bola sepak di kawasan sasar tetapi juga mampu menjadi landasan terbaik untuk mengetengah bakat pemain pada peringkat akar umbi mencakupi seluruh kawasan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, menegaskan bahawa pihak NFDP Sarawak telah mengambil langkah yang amat tepat dengan mengelola liga tersebut.

Beliau menyifatkannya sebagai salah satu cara untuk memberi peluang kepada barisan jurulatih dalam badan induk NFDP mengenal pasti pemain berbakat di kawasan sasar.

Pendekatan dilaksanakan itu secara tidak langsung menyumbang kepada proses pembangunan bakat.

“Saya percaya dengan adanya liga seumpama itu, ia bukan sahaja memberi peluang kepada pemain terlibat untuk mengetengah bakat mereka.

“Pada masa sama, ia berupaya meningkatkan pembangunan bakat dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak ketika mengulas tentang perkara itu.

Awang Putrayusrie turut diberi penghormatan menyempurnakan majlis perasmian liga berkenaan.

Dalam pada itu, Awang Putrayusrie berharap dengan adanya liga seperti ini, ia dapat menjadi platform buat pemain muda untuk mengasah bakat mereka selain berterusan menimba ilmu dalam sukan bola sepak untuk menjadi pemain terbaik pada masa akan datang.

Dua kategori dipertandingkan untuk liga tersebut, iaitu peringkat umur 15 dan 17 tahun.

Bahagian Sri Aman diwakili Datus Junior U15 dan Datus Junior U17.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP