ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Pengantin baru kahwin tiga hari terpaksa disumbat dalam penjara gara-gara simpan barangan mewah curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Baru berkahwin selama tiga hari, seorang pengantin lelaki terpaksa akur duduk di penjara selama 12 bulan atas kesalahan menyimpan harta curi barangan mewah.

Mohamad Yusmadi Osman, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyimpan harta curi sebuah jam jenama Fossil, sebuah jam jenama Tommy Hilfiger, dua buah jam jenama Baby G, tiga unit jam jenama Guess, seunit jam jenama Bonia, sebuah jam jenama Smalto, serangkai kunci Honda, sebotol minyak wangi jenama Versace, dan sebuah kamera jenama Fujifilm.

Dia didakwa memiliki barang-barang tersebut dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Taman Peony, Jalan Matang, sekitar jam 6.30 petang, 5 Januari 2023.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 25 Disember 2022, sekitar jam 11.15 pagi, pengadu wanita berusia 31 tahun menyedari rumahnya telah dimasuki orang yang tidak dikenali melalui tingkap ruang tamu dengan merosakkan pagar besi tingkap.

Dia kemudian membuat pemeriksaan, mendapati beberapa barangan mewahnya telah hilang dicuri orang.

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hasil siasatan mendapati tertuduh ditangkap bersama barang-barang curi seperti yang dilaporkan oleh pengadu.

Kesemua barang rampasan ditunjukkan sendiri oleh tertuduh di bilik tidurnya tempat dia menyimpan barang curi terbabit.

Selain itu, pengadu dapat mengecam kesemua barang mewah tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di