ARTIKEL

Foto: Kenny Teng | BERNAMA

Penganut Buddha penuhi wat di Thailand untuk berbuat kebajikan sempena Hari Wesak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Penganut Buddha di Thailand, negara kedua terbesar di dunia dengan penganut Buddha meraikan Hari Wesak semalam dengan menghormati kelahiran, pencerahan dan pemergian pengasas agama itu Siddharta Gautama dengan mengunjungi wat-wat untuk berbuat kebajikan.

Terdapat lebih 40,000 wat di seluruh negara ini dan para sami yang memakai pakaian berwarna safron adalah pemandangan biasa pada semalam.

Seorang Timbalan Abbot di Wat Nong Bua Hing, Wilayah Ratchaburi Centrale di Thailand dan seorang Profesor di Universiti Mahachulalongkornrajavidyalaya (MCU), Phrakrupalad Suravut Siriwattago berkata lebih daripada 30,000 kuil yang berdaftar secara rasmi di Thailand, tidak termasuk tempat pertapaan dan kediaman biarawan, telah memulakan persiapan sejak beberapa minggu sebelum ini.

“Sami, sami pelatih , pengikut dan petugas wat  dengan sejumlah orang kampung akan turut serta dalam persiapan seperti membersihkan kawasan wat dan mengatur tempat untuk para penganut berbuat kebajikan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Semasa Hari Wesak, tradisinya rakyat Thailand akan mengunjungi wat, mendengar ceramah, menerima kata-kata nasihat,  menghadiri dikir agama Buddha dan memberikan sedekah di wat.

Phrakrupalad Suravut berkata kebanyakan penganut juga akan memberikan makanan kepada sami, membantu membersihkan wat dan melakukan meditasi secara senyap di kuil.

“Sebagai penganut Buddha Thailand, kami sangat mementingkan semalam.

Sami-sami di Thailand menyertainya dengan berbuat kebajikan, mendengar ceramah Dhamma dan melakukan perarakan lilin.

“Sebagai contoh, di Wat Nong Bua Hing di sini, kami mempunyai pagoda Somdej Toh (seorang sami terkenal), yang kami menyertai perarakan nyalaan lilin dan semasa perarakan ini, kami merenung kebajikan Buddha, Dhamma, dan Sangha,” katanya.

Antara kuil yang paling banyak dikunjungi di Bangkok terutama semasa Hari Wesak tahun ini adalah Wat Phra Kaew, Wat Arun dan Wat Pho.

Seorang penganut Buddha, Phimphum Phakpho, 43, dari Sukhumvit berkata setiap tahun dia akan datang untuk berbuat kebajikan, memberikan sumbangan dan derma di Wat Pho, salah satu kuil terbesar di Thailand.

Phimphum berkata dia gembira melihat ramai pelancong asing berpakaian tradisional Thai, mengunjungi kuil untuk berbuat kebajikan.

“Ramai dalam kalangan mereka memakai pakaian tradisional Thai seperti seluar gajah atau pakaian tradisional hanya untuk memberi penghormatan semasa acara istimewa ini,” katanya.

Rakan Phimphum, Anongnart Boonpo, 35, berkata Hari Wesak secara kebetulan jatuh pada bulan hari lahirnya, jadi dia mengambil peluang untuk berbuat kebajikan dan memberikan derma kepada wat.

“Dalam tradisi Thai, kami biasanya akan mengunjungi wat semasa hari lahir kami untuk memberikan sedekah dan derma dengan harapan mendapat nasib yang lebih baik dalam perkara yang kami lakukan di masa depan,” katanya.

Hari Wesak, yang disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia untuk menghormati kelahiran, pencerahan dan pemergian Gautama Buddha, memberikan latar belakang yang penuh makna untuk usaha spiritual ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

19 maut akibat strok haba di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh

BERITA TERBARU