ARTIKEL

Pengarah muda raih anugerah video tempatan terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FILEM pendek arahan dua pengarah muda Sarawak, Tevin Jintan Philip dan Lukhmal Hakim Hamka, berjaya meraih anugerah Video Tempatan Terbaik di Festival Filem Kesihatan Mental kelima yang berlangsung di Kuching, baru-baru ini.

Filem berjudul Midnight Laundry mengisahkan tentang kehidupan Adam yang terjejas disebabkan pengalaman trauma pada masa lalu.

Ketakutan Adam terhadap masyarakat yang selalu memandang serong terhadap apa-apa yang dilaluinya menyebabkan dia lebih suka berdikari.

Menurut Lukhmal Haqim, kemenangan ini merupakan kejutan bermakna buat diri dan ahli kumpulan yang terlibat.

“Kami tidak menjangkakan kemenangan ini ketika pihak penganjur mengundang kami untuk menyertai slot ‘Bedah Filem’.

“Kami bersyukur kerana dapat berkongsi kisah kami dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kesihatan mental,” katanya kepada Suara Sarawak.

Selain itu, pengarah festival, Azuan Muda berkata festival ini berfungsi sebagai platform penting bagi pembikin filem untuk menerangi pelbagai pengalaman dan cabaran berkaitan dengan kesihatan mental. 

“Sebagai penganjur, saya amat berterima kasih atas sokongan berterusan dan perkongsian yang menjayakan Festival Filem Kesihatan Mental kelima,” ujarnya yang juga merupakan pengasas Teeb TV Networks Sdn Bhd dan Hamsa Media PLT.

Selain itu, “48-Hour Film Project” turut dijalankan dengan penglibatan pelajar kolej dalam mencipta filem pendek bertemakan kesihatan mental. Pertandingan ini mendorong kreativiti dan inovasi dalam penceritaan.

Festival ini diadakan di Kolej SIDMA Sarawak yang juga turut menjadi penganjur bersama-sama Pertubuhan Legasi Industri Kesenian Kuching; Euphoria Pictures; Dee Hati Centre for Grief, Bereavement And Trauma dan Kupikupi FM Sarawak.

BERITA LAIN

CHE TA puji pakaian AAISYAH

BARU-BARU INI, tular satu video dimuat naik di TikTok milik Che Ta yang memuji anak perempuannya, Aaisyah memakai khimar. Menerusi video tersebut, Che Ta memberitahu

SEUNG GI terima tempias

PELAKON dan penyanyi, Lee Seung Gi menerima tempias akibat perbuatan bapa mentuanya yang dituduh atas kesalahan memanipulasi harga saham. Seung Hi minta meninggalkan dunia seni

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Meerqeen bermisai

PELAKON, penyanyi dan model, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu seperti “Sarjan Misai”.  Menerusi video tular

Karina Aespa dilatih jadi pramugari

PENYANYI Korea Selatan, Karina Aespa mendedahkan dia pernah bercitacita mahu menjadi pramugari dan memasuki akademi bahasa Cina.  “Saya pada asalnya dilatih untuk menjadi pramugari. Saya

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual