ARTIKEL

Abang Johari berucap merasmikan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di BCCK, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Pengarah Pendidikan, Pengarah Kesihatan Sarawak diberi kuasa laksana projek sekolah, klinik daif dalam tempoh 18 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengarah Pendidikan dan Pengarah Kesihatan di Sarawak kini diberi kuasa untuk melaksanakan projek sekolah dan klinik daif di seluruh negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketika Perdana Menteri datang pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak baru-baru ini, saya mengatur dengannya untuk memberi kuasa kepada Pengarah Pendidikan dan Pengarah Kesihatan di Sarawak bagi melaksanakan sekolah dan klinik daif.

“Saya kata, kerana banyak birokrasi dalam Kementerian Kewangan Malaysia, jadi kami sediakan kewangan dan kemudian anda bayar balik tapi pelaksanaannya mengikut tatakelola dan arahan perbendaharaan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri kuasa ini kepada Pengarah Pendidikan dan Pengarah Kesihatan di Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini yang menghimpunkan penyertaan seramai kira-kira 800 juruaudit daripada sektor awam dan swasta seluruh negara.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM100 juta untuk sekolah dan RM100 juta untuk klinik, dengan kerja menaik taraf mesti dilaksanakan dalam masa 18 bulan.

“Itu akan sedikit sebanyak mengurangkan masalah di kawasan luar bandar, dan kita juga guna dana sendiri untuk menyediakan infrastruktur asas kepada seluruh Sarawak,” katanya.

Pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak yang turut diadakan di BCCK baru-baru ini, Abang Johari telah mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi membangunkan semula sekolah dan klinik daif di negeri ini.

Beliau berkata jumlah itu diperuntukkan sebagai inisiatif pembiayaan terlebih dahulu oleh Sarawak bagi projek persekutuan di negeri ini.

Katanya, melalui inisiatif itu, pelaksanaan projek tersebut boleh dipercepatkan.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)