ARTIKEL

Kitaro....Foto Ghazali Bujang

Pengaruh Kitaro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAHUN ini merupakan tahun ketiga saya terlibat dalam liputan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV).

Dari segi pengamatan, penganjuran festival ke-27 ini lebih meriah dari segi kehadiran pengunjung.

Dataran pentas utama dibanjiri lautan manusia walaupun persembahan hanya bermula pada jam 7.00 malam.

Walaupun tidak hanya tertumpu kepada persembahan muzik kotemporari, tradisional dan moden semata-mata, ia turut menggariskan beberapa elemen penting dalam penjagaan alam sekitar.

Selain itu, usaha memperkenalkan budaya dan tradisi suku kaum di Sarawak yang pelbagai menjadi tarikan penting untuk diketengahkan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menyentuh tentang penganjuran, segalanya berjalan lancar walaupun pada malam kedua ia ditangguhkan seketika walaupun jadual asal persembahan bermula pada 7 malam.

Namun, persembahan hanya bermula sekitar 8.15 malam susulan hujan lebat serta angin kencang di kawasan pesisir Sarawak.

Santubong turut terkena tempias fenomena alam tersebut, malah terdapat beberapa kejadian pokok tumbang berlaku di sekitar Kuching.

Pengunjung terus teruja menantikan persembahan daripada artis tempatan dan antarabangsa.

PUSAT MEDIA

Itu dari sudut pandang persembahan, bagaimana pula dengan perkhidmatan di pusat media? 

Terdapat penambahbaikan dilakukan berbanding sebelum ini, termasuk penyediaan kupon makan tengah hari dan malam untuk pengamal media yang hadir membuat liputan.

Malah urus setia di pusat media sangat membantu dalam memudahkan urusan kumpulan pengamal media melakukan tugasan harian sepanjang program itu berlangsung.

Para media dibenarkan untuk mandi menggunakan fasiliti yang disediakan oleh pihak penganjur.

Penyediaan kelengkapan atau kit media cukup untuk wartawan yang hadir.

PERBEZAAN

Sedikit perbezaan, kali ini pengunjung dari luar negara dilihat begitu ramai hadir ke RWMF 2024.

Malah pemilihan artis jemputan utama juga diyakini menjadi salah satu faktor yang menyebabkan ramai pengunjung luar untuk hadir.

Antaranya, pemuzik legenda Jepun, Kitaro yang sebelum ini terkenal dengan Matsuri, Koi, Caravansary dan semestinya lagu menerusi album Thinking of Yo.

Perkara itu turut dikongsikan oleh salah seorang pengunjung yang sempat saya temui.

Menurutnya, kehadirannya ke RWMF semata-mata untuk menyaksikan persembahan Kitaro.

Dia sanggup mengeluarkan modal untuk membeli tiket penerbangan, dari Kedah ke Kuching pada malam pertama RWMF, dan terbang balik ke Alor Setar pada hari berikutnya.

Begitu hebat penangan Kitaro yang ditampilkan dalam acara tahunan Sarawak kali ini.

Bukan itu sahaja, persembahan Datuk Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu Hijau turut menjadi antara kemunculan yang dinantikan.

Bercakap tentang kehijauan hutan, kelestarian alam sekitar sentiasa menjadi teras utama dalam dasar kerajaan Sarawak.

Menerusi penganjuran acara, inisiatif itu sentiasa dititikberatkan, dengan mengamalkan kaedah pengurusan sisa yang lebih mampan.

Tiada botol plastik dibenarkan untuk dibawa ke pusat festival tersebut.

Ini membuktikan pelaksanaan inisiatif alam sekitar lestari juga boleh diamalkan dan diadaptasi dalam setiap bentuk penganjuran acara.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari