ARTIKEL

Pengawal keselamatan didenda, miliki dan salah guna dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


KUCHING: Seorang pengawal keselamatan lelaki dijatuhi hukuman denda RM5,400 oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki Methamphetamine dan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tertuduh Mohamad Norasyriq Zameerizan, 35, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Farah Ibrahim.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, kerana memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.04 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu dalam bilik keselamatan di sebuah pangsapuri, Lorong Bayor Bukit 7, di sini, kira-kira jam 1.50 petang, 18 September 2022.

Bagi kesalahan itu, Siti Farah menjatuhkan hukuman denda RM2,900 atau tiga bulan penjara.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Dia didapati positif dadah ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, kira-kira jam 2.45 petang, 18 September 2022.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau tiga bulan penjara bagi kesalahan tersebut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

 

BERITA LAIN

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU