ARTIKEL

Pengawal Pantai China tembak meriam air kapal Filipina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Filipina mengatakan Pengawal Pantai China (CCG) menggunakan meriam air ke atas dua kapalnya pada Selasa, menyebabkan kerosakan pada salah satu daripadanya, semasa rondaan berhampiran terumbu karang di luar negara Asia Tenggara itu.

Manila dan Beijing mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah di Laut China Selatan, dengan beberapa perlanggaran melibatkan kapal Filipina dan China dalam beberapa bulan kebelakangan ini, serta penggunaan meriam air oleh CCG.

Insiden terbaharu berlaku berhampiran beting Scarborough Shoal yang dikawal China, semasa misi membekalkan semula nelayan Filipina.

“Kerosakan ini menjadi bukti tekanan air kuat yang digunakan oleh Pengawal Pantai China dalama gangguan mereka terhadap kapal Filipina,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Filipina (PCG).

CCG juga telah memasang semula penghadang sepanjang 380 meter di seberang pintu masuk ke beting, yang merupakan kawasan penangkapan ikan tradisional, menyekat akses ke perairan di dalamnya, kata kenyataan itu.

Sementara itu pengawal pantai China berkata, ia telah mengusir dua kapal Filipina dari perairannya berhampiran Pulau Huangyan, nama China untuk beting itu.

China mendakwaan hampir keseluruhan Laut China Selatan sebagai wilayahnya, menepis tuntutan bertindih daripada negara lain, termasuk Filipina, dan mengetepikan keputusan antarabangsa bahawa dakwaannya tidak mempunyai asas undangundang.

Rantaian segi tiga pulau terumbu dan batu yang membentuk beting Scarborough Shoal itu terletak 240 kilometer di barat pulau utama Luzon di Filipina dan hampir 900 kilometer dari Hainan, kawasan daratan China yang paling hampir.

China merampas beting itu dari Filipina pada 2012 dan sejak itu telah mengerahkan pengawal pantai dan kapal lain ke situ yang dikatakan Manila mengganggu kapal Filipina dan menghalang nelayannya daripada mengakses lagun yang kaya dengan ikan itu.

Insiden pada Selasa berlaku ketika Filipina dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan ketenteraan tahunan besar yang telah menimbulkan kemarahan Beijing.

Sebuah kapal milik Biro Perikanan dan Sumber Akuatik (BFAR) dan sebuah lagi dari PCG mengharungi perairan berhampiran terumbu itu menjalankan misinya untuk menghantar bahan api dan makanan kepada nelayan.

“Semasa rondaan, kapal Filipina menghadapi gerakan berbahaya dan halangan daripada empat kapal CCG dan enam kapal Militia Maritim China,” kata kenyataan Pengawal Pantai Filipina.

Kapal-kapal Pengawal Pantai China menggunakan meriam air terhadap bot BFAR dan PCG, kata kenyataan itu.

Kapal PCG itu disembur dari kedua-dua belah sisi, menyebabkan kerosakan pada pagar dan kanopinya.

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200