Trending

Pengawal Pantai S’wak bantu jaga sumber asli, maritim, keselamatan nelayan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pasukan Pengawal Pantai Sarawak (Sarawak Coastguard) beroperasi dengan amalan operasi terbaik berasaskan Doktrin Network Centric Operation yang mengikut perangkaian data atau risikan melalui pelbagai sumber serta perangkaian usaha agensi.

Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Datuk Dr Chai Khin Chung berkata, ia bertujuan membolehkan Sarawak Coastguard dapat beroperasi sebagai satu entiti yang dapat bertindak balas cepat dan berkesan.

“Penubuhan Sarawak Coastguard adalah bagi membantu agensi penguatkuasaan yang lain dalam penjagaan sumber asli, kekayaan maritim serta keselamatan nelayan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Sarawak Coastguard yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion.

Menurut Khin Chung, Sarawak Coastguard menerima kapal pertama iaitu SC Tanjung Datu, sebuah bot Catamalan pada hujung tahun lepas.

Katanya aset ini dikerahkan untuk penugasan operasi penguatkuasaan, pengurusan bencana banjir Sarawak serta sebagai kapal latihan bagi anggota Sarawak Coastguard.

Beliau menambah pada masa ini, Sarawak Coastguard menerima enam bot interceptor.

Selain itu, katanya sebanyak sembilan kapal ronda laju dijangka siap secara berperingkat pada 2022 dan 2023.

“Dengan perolehan aset ini, Sarawak Coastguard mampu memikul tanggungjawab dan objektif yang ditetapkan,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru