Pengeboman air berjaya

KUCHING: Operasi pengeboman air menggunakan pesawat Bombardier CL-415 milik Maritim Malaysia untuk memadam kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman akhirnya berjaya dilakukan pagi ini.

Operasi bermula jam 8.15 pagi dan dijangka dilakukan sehingga jam 12.15 tengah hari menumpukan pemadaman api di Kampung STC dan kawasan Klauh.

“Pesawat membuat ‘water scooping di Sungai Lingga,” menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pengeboman air yang sepatutnya bermula dua hari lepas, tidak dapat dilakukan atas beberapa faktor yang tidak mengizinkan.

Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak tiga tompok panas dikesan di Sri Aman dan empat di Miri manakala di Kalimantan sebanyak 332.

Sri Aman kini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat iaitu meningkat kepada 183 diikuti Kuching 139, Samarahan 136, Miri 107 dan ILP Miri.

Pesawat Bombardier CL-415 membuat water scooping di Sungai Lingga untuk memadam kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman.

Pesawat Bombardier CL-415 membuat pemadaman kebakaran tanah gambut dan belukar di Sri Aman.