ARTIKEL

Pengedar dadah ditahan di Lutong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan polis di kawasan perumahan di Lutong, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek berumur 32 ditahan sekitar jam 9.30 pagi oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Hasil serbuan telah menjumpai dan merampas satu bekas aluminium segi empat berwarna perak di dalamnya terdapat satu plastik lut sinar berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 100 gram.

“Turut dijumpai satu botol plastik lut sinar
di dalamnya terdapat tiga paket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan kristal
disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 2.49g,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, jumlah rampasan barang disyaki dadah dianggarkan bernilai RM3,598.

Katanya, kes disiasat dibawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum
mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan,” katanya.

Tambahnya, polis juga turut menyita sebuah Toyota Vios berwarna hitam dianggarkan bernilai RM35,000.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman dan membantu siasatan.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,