ARTIKEL

Pengeksport Malaysia dapat manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian TransPasifik (CPTPP), pengeksport Malaysia akan mendapat manfaat daripada akses keutamaan tambahan ke pasaran UK, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata selepas pelaksanaan perjanjian itu, UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk minyak sawit, koko, getah, elektrik dan elektronik serta bahan kimia, yang mempunyai kepentingan eksport penting kepada Malaysia.

“Penyertaan UK dalam CPTPP akan membuka peluang baharu kepada perniagaan Malaysia serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya melalui saluran sumber yang lebih luas untuk bahan pada harga yang kompetitif, serta bantuan teknikal dan program pembinaan kapasiti, yang akan terus memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mengukuhkan rantaian bekalan serantau.

“Dengan hubungan perdagangan dan pelaburan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan UK, keahlian dalam CPTPP akan meningkatkan lagi hubungan rapat ini dan menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, UK memuktamadkan rundingan perdagangan dengan negara anggota untuk menyertai CPTPP selepas 21 bulan rundingan.

Di bawah pengumuman oleh CPTPP dan menteri-menteri UK berkenaan rumusan penting rundingan penyertaan UK dalam CPTPP, semua pihak berusaha ke arah memuktamadkan instrumen penyertaan yang sah, termasuk menandatangani protokol penyertaan yang dijadualkan pada suku ketiga 2023.

CPTPP ialah antara perjanjian perdagangan yang paling komprehensif pernah dimuktamadkan, memansuhkan 98 peratus tarif dalam zon perdagangan mewakili gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$13.5 trilion (AS$1=RM4.413), mewakili 13.4 peratus daripada KDNK global dan jumlah penduduk lebih 500 juta orang. – Bernama

BERITA LAIN

“Kalau tak siap, siap kau.” – Fadillah

KUCHING: “Kalau tak siap (projek), siap kau (kontraktor),” itu gurauan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kepada pihak kontraktor bagi Projek Pembangunan Lembangan

KOBIS Bhd memperkasa belia lonjak pendapatan

KUCHING: KOBIS Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, Zaiwin Kassim, dan ahli lembaga lain, mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kelmarin. Delegasi tersebut disambut oleh Pengarah

Pupuk ketelusan dalam amalan perolehan

KUALA LUMPUR: Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memupuk ketelusan, akauntabiliti dan standard

BERITA TERBARU