ARTIKEL

Jumlah stok getah asli pada Februari 2024 meningkat 11.8 peratus kepada 229,719 tan metrik. - BERNAMA

Pengeluaran getah asli menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengeluaran getah asli menurun 2.0 peratus pada Februari 2024 kepada 29,691 tan metrik berbanding 30,287 tan metrik pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataannya semalam, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, dalam kenyataan sama berkata pengeluaran getah asli Malaysia pada Februari 2024 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (85.7 peratus) berbanding sektor estet (14.3 peratus).

Jumlah stok getah asli pada Februari 2024 meningkat 11.8 peratus kepada 229,719 tan metrik berbanding 205,498 tan metrik pada Januari 2024.

Menurutnya, kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.3 peratus diikuti kilang pengguna getah (7.6 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).

“Eksport getah asli Malaysia meningkat 27.8 peratus kepada 55,082 tan metrik pada bulan berkenaan, berbanding 43,111 tan metrik pada Januari 2024 dengan China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli, iaitu 52.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Februari 2024 diikuti Jerman (8.9 peratus), Emiriah Arab Bersatu (6.0 peratus), Amerika Syarikat (4.2 peratus) dan India (3.3 peratus),” katanya.

Menurut kenyataan itu, sarung tangan getah, tayar, tiub dan benang getah menyumbang kepada prestasi eksport dengan sarung tangan getah sebagai eksport utama bernilai RM1.09 bilion pada Februari 2024, meningkat 7.0 peratus berbanding RM1.02 bilion pada Januari 2024.

DOSM berkata, analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan lateks pekat meningkat 16.8 peratus pada Februari 2024 kepada 684.19 sen sekilogram manakala sekerap meningkat 3.7 peratus kepada 604.59 sen sekilogram.

“Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (GMM) pula meningkat antara 3.5 peratus hingga 16.6 peratus,” katanya.

Menurut ‘Malaysia Rubber Board Digest’ keluaran Februari 2024, pasaran getah Kuala Lumpur menyaksikan kenaikan harga GMM 20 pada paras tertinggi sejak 2017 bagi bulan Februari 2024 iaitu pada harga 773.50 sen/kg.

“Sentimen pasaran positif dirangsang oleh ringgit yang lemah serta jangkaan bekalan getah yang terhad daripada negara pengeluar utama Thailand kerana cuaca buruk dan wabak penyakit ‘powdery mildew’ (kulat),” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)