ARTIKEL

Pengenalan POLITIK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tajuk: Politik Untuk Pemula

Penulis: Ayman Rashdan Wong

Penerbit: Patriot Publishing

Harga: RM38Halaman: 270

Tahun Terbit: 2021

KEBELAKANGAN ini politik dunia dilihat semakin bergolak menimbulkan keresahan pelbagai pihak.

Drama politik yang berlaku juga mencabar pemahaman orang ramai tentang politik.

Buku ini terdiri daripada empat bahagian menerangkan beberapa konsep asas seperti politik, negara, kerajaan dan autoriti.

Bahagian kedua menerangkan asal usul dan evolusi sistem kerajaan dan prinsip politik moden.

Bahagian ketiga membincangkan idea politik atau ideologi dan akhir sekali menyentuh soal kebenaran politik.

Politik merupakan salah satu keperluan fitrah manusia sebagai makhluk sosial yang berfikir.

Sama ada seseorang itu menjadi pemimpin, dipimpin atau menentang pemimpin, mereka sebenarnya pemain politik.

Walaupun asas kepada politik itu ialah ketua yang mengetuai para pengikut, ia tidak asing daripada unsur lain seperti proses atau mekanisme pemilihan ketua, proses ketaatan dan kepengikutan, proses pembuatan keputusan ataupun  proses meleraikan konflik, pergaduhan ataupun pertelingkahan.

Ia merupakan aktiviti fitrah manusia daripada pelbagai bangsa, tamadun, agama, asal geografi, budaya dan tahap ekonomi.

Kesemua unsur itu berevolusi, berkembang mengikut zaman, geografi, kepercayaan dan keadaan semasa.

KENAPA MANUSIA BERPOLITIK

Drama politik yang berlaku membuka fikiran dan pemahaman orang ramai tentang politik.

Segelintir masyarakat menggambarkan tanggapan negatif politik memandangkan politik itu difahami dengan perebutan kuasa.

Perkataan politik berasal daripada perkataan polis dalam bahasa Yunani yang membawa maksud bandar atau kota – merujuk maksud metropolis dan megapolis.

Konsep diguna pakai hari ini termasuk demokrasi, aristokrasi, tirani dan sebagainya diambil sempena bahasa tersebut.

Perkataan politik dalam bahasa lain juga membawa maksud yang lebih kurang sama.

Oleh itu, perkataan politik pada asalnya bersifat neutral.

Bukan itu sahaja, ahli falsafah Yunani, Aristotle menganggap politik sebagai aktiviti mulia kerana manusia boleh menggunakan proses ini untuk melatih diri menjadi adil, bijaksna dan memikirkan kepentingan bersama-sama polis.

Bagaimanapun, pengurusan hal ehwal awam juga memberi kuasa kepada pengurusnya untuk membentuk undang-undang terhadap orang ramai. Hal tersebut memberi godaan bagi individu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Maka berlakulah rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi.

KERAJAAN

Dalam sesebuah negara terdapat sebuah badan yang dikenali sebagai “kerajaan” yang diberi kuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang.

Negara yang tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah digelar sebagai negara gagal.

Pada zaman dahulu kala, kuasa menggubal dan melaksana undang-undang terletak kepada raja.

Oleh sebab itu ia dinamakan “kerajaan”. 

Bentuk kerajaan berbeza seperti monarki, demokrasi, aristokrasi, autokrasi, teokrasi dan teknokrasi.

Arki dan krasi merupakan perkataan bahasa Yunani, Arki atau arkhos bermaksud ketua, manakala krasi berasal daripada perkataan kratos bermaksud kuasa.

Oleh itu, nama betuk kerajaan yang berakhir dengan arki merujuk kepada struktur kuasa. 

Antara jenis kerajaan yang wujud pada hari ini termasuklah kerajaan Monarki, kerajaan Republik, manakala kerajaan demokrasi merangkumi demokrasi berparlimen, demokrasi berpresiden dan demokrasi campuran.

Kerajaan memerintah pula terdiri daripada Kerajaan Autoritarian dan Kerajaan Persekutuan.

Untuk mencapai matlamat politik dalam sesebuah demokrasi, perkara paling utama yang parti politik perlu buat ialah menghantar calon untuk bertanding pada pilihan raya.

Kemudian, sekiranya berjaya memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan, parti harus memastikan matlamat yang dicita-citakan dapat dicapai dalam dasar yang dilaksanakan.

Hakikatnya, boleh sahaja orang berpolitik tanpa parti. Kebanyakan perlembagaan negara di dunia tidak sebut perkataan “parti politik”.

Perlembagaan negara demokrasi berparlimen juga tidak mengatakan bahawa majoriti ahli parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan mesti datang daripada parti yang sama. Ideologi merupakan satu set idea yang mencorak politik sesebuah negara.

Jadi sekiranya ingin faham politik moden, perlu faham ideologi.

Nama sesebuah ideologi kebiasaannya berakhir dengan perkataan isme (ism), seperti liberalisme, sosialisme, anarkisme, populisme dan sebagainya. Ideologi ahli politik atau parti politik mempengaruhi dasarnya.

Dalam soal pengurusan ekonomi, sosialis sentiasa dikaitkan dengan dasar yang mahu mewujudkan ekonomi lebih sama rata, manakala liberal mahu mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi, kecuali di Amerika Syarikat, liberal merujuk kepada orang yang mahu lebih banyak campur tangan kerajaan dalam ekonomi.

Wujud begitu banyak ideologi untuk tujuan pemudahan, media di negara Barat mengkategorikan ideologi sebagai “kiri” atau “kanan”.

Kiri dikaitkan dengan ideologi sosialisme, komunisme dan anarkisme, manakala kanan dikaitkan dengan konservatisme, nasionalisme dan fasisme.

Kebanyakan individu yang mendominasi perbincangan politik dalam media massa ialah peguam dan pakar perundangan dalam mentafsir undang-undang, tetapi mereka tidak dapat menerangkan secara terperinci punca kemelut politik dan bagaimana untuk mewujudkan kestabilan politik.

Oleh itu, buku ini menerangkan konsep asas dalam sains politik yang boleh membantu orang ramai memahami politik dengan lebih analitik.

Jika kita menguasai konsep ini, kita dapat membuat analisis sebab dan akibat tentang sesuatu kejadian politik, bukan setakat sembang kosong di kedai kopi.

BERITA LAIN

Tanggungjawab didik anak di rumah

BUKU Pendidikan Anak di Rumah: Penglibatan Ibu Bapa merupakan buku terbitan khas sebagai panduan berguna kepada ibu bapa tentang pendidikan anak-anak di rumah. Penulis menekankan

Ambil tahu tentang leukemia

DALAM benak seseorang, pasti ada persoalan yang terngiang-ngiang mengenai sesuatu perkara dan memerlukan jawapan bagi persoalan tersebut. Persoalan itu boleh timbul dalam pelbagai konteks sama

Emosi cedera

SAYA percaya ketika kita masih kanak-kanak, kita pernah mengalami situasi tidak sabar untuk melangkah ke alam dewasa. Dalam minda kita ketika kecil, sering kali berfikir

Inspirasi Malaysia di mata dunia

BUKU Malaysia di Persada Antarabangsa merupakan sumber yang berharga bagi sesiapa yang ingin memahami pencapaian Malaysia dalam menangani isuisu global mahupun tempatan. Malaysia telah memainkan

Mental celaru selepas bersalin

BUKU Meroyan Jangan Dipandang Ringan menyampaikan kefahaman penulis tentang dunia meroyan khususnya kepada bakal ibu dan pasangannya. Sudah terang lagi bersuluh, gejala meroyan dalam golongan

Selami dunia kanak-kanak melalui puisi

Buku ‘Kumpulan Puisi Kanak-kanak – Bermain Gerimis’ ini menghimpunkan 52 buah karya puisi dengan pelbagai tema yang mempunyai jalinan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia kanak-kanak.

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan