ARTIKEL

KENANGAN… Lee Kim Shin (empat kanan) dalam gambar berkumpulan bersama Henry Harry Jinep (tiga kiri), Safiee Ahmad (tiga kanan), Alice Jawan (dua kanan), Timbalan Setiausaha Tetap MOTS, Selamat Jati Yanjah (kiri), Pegawai Tadbir MOTS, Teo Swee Ann (dua kiri) dan Lt Kol. Ding Tiew Wong (kanan).

Pengerusi baharu Lembaga Sungai Sarawak, Safiee Ahmad laksana kunjungan hormat kepada MOTS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (SRB), Safiee Ahmad, mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, pada Rabu lalu.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) semalam, kunjungan hormat itu bertujuan bagi mendapatkan nasihat mengenai rancangan dan hala tuju MOTS pada masa kini berhubung SRB.

“Dalam pertemuan itu, MOTS menekankan visi kementerian untuk membangunkan dan memodenkan sistem sungai komersial Sarawak yang boleh dilayari sebagai sebahagian daripada rangkaian pengangkutan dan logistik.

“Menteri MOTS, Datuk Seri Lee Kim Shin, ingin Lembaga Sungai-Sungai di Sarawak bekerjasama rapat dengan kementerian untuk menggalakkan penggunaan sungai bagi pengangkutan, terutamanya barangan besar, dan bukannya bergantung kepada jalan raya semata-mata,” jelas kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, Kim Shin turut menekankan jika lebih banyak kargo berat boleh diangkut melalui sungai, kerosakan di jalan raya dapat dikurangkan.

Di samping itu, ia juga mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kemalangan.

Kim Shin juga menggesa pengerusi baharu itu bekerjasama baik dengan pihak pengurusan SRB dalam usaha menambah baik struktur organisasi bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Baca lain  Dua individu didakwa kemuka dokumen palsu

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Datuk Henry Harry Jinep, dan Setiausaha Tetap MOTS, Datuk Alice Jawan Empaling.

Safiee merupakan pengerusi baharu SRB menerusi lantikan rasmi, berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Ketika kunjungan terbabit, beliau ditemani Pengawal Lembaga Sungai Sarawak, Leftenan Kolonel Ding Tiew Wong (B).

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,