SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Pengerusi RSSWB adakan kunjungan hormat terhadap PPD Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Ali menyampaikan cenderahati kepada Tero dengan disaksikan ahli jawatankuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Bintulu.
Ali menyampaikan cenderahati kepada Tero dengan disaksikan ahli jawatankuasa Rumpun Silat Sarawak Wilayah Bintulu.

BINTULU: Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Tero Bayel menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Bintulu (RSSWB) Ali Mohammad, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah jalinan kerjasama untuk program “1 Sekolah 1 Silat” dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu.

Dalam kunjungan itu, Ali turut memperkenalkan ahli jawatankuasa baharu RSSWB bagi penggal 2021-2023.

Beliau juga memaklumkan RSS adalah satu-satunya badan induk yang diiktiraf bagi setiap program dan aktiviti silat di Sarawak iaitu di bawah naungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ali menjelaskan pihak PPD Bintulu berbesar hati menerima idea serta perancangan dari RSSWB sekali gus akan memberi sokongan penuh terhadap cadangan program ‘1 Sekolah 1 Silat’.

Selain itu, katanya Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu juga ingin melihat penganjuran Kejohanan Silat antara sekolah di bahagian Bintulu.

BINCANG…Ali bersama jawatankuasa Rumpun Si;at Silat Wilayah Bintulu berbincang mengenai cadangan program ‘1Sekolah 1 Silat’ dengan Tero.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru