KUCHING: Pengesanan kes aktif sedang giat dijalankan di sini berikutan peningkatan kes positif Covid-19.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata hari ini, pengesanan kes dibuat di Milan Square hari ini, yang berkaitan kluster Stutong.
Menjelas lanjut, beliau pengesanan kes aktif dijalankan oleh pelbagai agensi untuk memantau komuniti di kawasan yang mempunyai kes positif yang tinggi.
Tambahnya, ujian saringan yang dibuat adalah secara percuma dan beliau menyeru kerjasama orang ramai untuk tampil disaring.
“Ini adalah untuk keselamatan keluarga anda, rakan anda dan juga Sarawak.
“Tidak perlu panik, sila tampil untuk dibantu dan disaring,” katanya menerusi hantaran di laman sosial.
Semalam, Daerah Kuching diisytihar sebagai zon merah berikutan 41 kes jangkitan dilaporkan dalam tempoh 14 hari.
Dua kluster aktif dilaporkan iaitu Kluster Stutong dan Kluster Keranji Tabuan.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my