Pengesanan secara aktif dua hari

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) memutuskan untuk mengadakan aktiviti pengesanan secara aktif (ACD) Covid-19 bagi zon 15 Sentosa pada 16 dan 17 Mac ini.

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakapnya berkata, zon 15 melibatkan kawasan Sentosa serta kawasan sekitarnya.

“Mohon kerjasama semua penduduk di kawasan zon 15 (kawasan Sentosa) untuk datang membuat saringan Covid-19 pada 16 hingga 17 Mac ini di tempat letak kereta Taman Rimba Bukit Lima di sini.

“ACD selama dua hari itu bermula jam 10 pagi sehingga jam 2 petang pada Selasa manakala pada Rabu dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang,” katanya.

Kawasan zon 15 meliputi Jalan Bukit Lima Timur, Jalan Belatok, Jalan Sentosa, Lorong Sentosa Utara, Lorong Sentosa Barat, Lorong Sentosa Timur, Lorong Sentosa Timur 3, Lorong Sentosa Timur 3A, Lorong Sentosa Timur 3B, Lorong Sentosa Timur 3C, Lorong Sentosa Utara 7, Lorong Sentosa Utara 5, Lorong Sentosa Utara 8, Lorong Sentosa 8A, Lorong Sentosa 6, Lorong Sentosa Utara 6B, Lorong Sentosa Utara 8A/6A, Lorong Sentosa 8A/6, Lorong Sentosa 8A/4, Lorong Sentosa 8A/2, Lorong Sentosa 5, Lorong Sentosa 6, Lorong Sentosa 8, Lorong Sentosa 10, Lorong Sentosa 2, Lorong Sentosa 4, Lorong Sentosa 1, Lorong Sentosa Timur 4, Lorong Sentosa Timur 6, Lorong Sentosa Barat 2B, Lorong Sentosa Barat 2A, Lorong Sentosa Barat 1A, Lorong Sentosa Barat 1, Lorong Sentosa Barat 2, Lorong Belatok Utara 2, Lorong Belatok 2, Lorong Belatok 6, Lorong Belatok 1, Lorong Belatok 3, Lorong Belatok 5, Lorong Belatok 2E/2, Lorong Belatok 2E/1, Lorong Bukit Lima, Lorong Bukit Lima Timur 13, Lorong Bukit Lima Timur 17, Lorong Bukit Lima Timur 14, Lorong Bukit Lima Timur 2D, Lorong Bukit Lima Timur 26, Lorong Bukit Lima Timur 2B/1, Lorong Bukit Lima Timur 28/2, Lorong Sentosa 5A, Lorong Sentosa 5E, Lorong Sentosa 5G dan Lorong Sentosa 8A.

“Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap diutamakan. “Tindakan bijak anda untuk membuat saringan Covid-19 dapat membantu memutuskan rantaian penularan Covid-19,” tambah jurucakapnya.

….Untuk berita lainnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak