ARTIKEL

Pengganggur ditahan miliki dadah di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang penganggur berusia 44 tahun ditahan dalam serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Balai Siasasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di sebuah premis hiburan di Jalan Tun Ahmad Zaidi, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan diketuai oleh ASP Muning Jakung, pada pukul 10.40 malam itu, polis
menjumpai satu bekas gula-gula Eclipse Mints yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine(MMDA) berat kasar tujuh gram.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan ke atas subjek, pihak polis turut menemui satu tiub straw berisi serbuk putih disyaki ketamine berat kasar 0.6 gram dan sebiji pil dibaluti dengan kertas fosil warna merah perak disyaki pil Erimin 5.

Siasatan awal ke atas lelaki tempatan terbabit, katanya, mendapati dadah tersebut adalah milik subjek untuk kegunaan sendiri.

Semakan rekod polis turut mendapati subjek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes, katanya lagi, disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan sebatan.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU